Siapa yang tak tau pasal ASB iaitu Amanah Saham Nasional yang merupakan pelaburan unit amanah yg memberi pulangan dalam linkungan 8%-10% dari pengalaman yg lepas.
Apa yg menarik anda boleh melabur dalam ASB adalah bank menawatkan skim pinjaman bagi melabur dalam ASB ini.Bank yang menawarkan skim pinjaman ASB adalah seperti Maybank, CIMB dan RHB.Maybank memberikan tempoh yang paling lama iaitu sehingga 20 tahun dengan maksimum RM200,000.Interest yg dikenakan oleh Maybank adalah BLR-1.65% (masa saya menulis entri ini).
Kalau dilihat dari table pinjaman yang ditawarkan oleh Maybank sekiranya pinjaman sebanyak RM200,000 selama 25 tahun pembayaran bulanan adalah RM1,067 sahaja.
Jom kita kira berapa kah dividen yg diperolehi dari simpanan RM200,000 ini.
Andaian dividen ASB bagi contoh pengiraan adalah 8%.
Total Loan : RM 200,000
Monthly installment : RM 1,067
Total installment (1 year) : RM1,067 x 12 = RM12,804
Dividen (1 year – assume masuk pada Januari) = RM200,000 x 8% = RM16,000
Dari pengiraan diatas dengan kos yang anda keluarkan RM12,804 anda memperolehi pendapatan sebanyak RM16,000.
Kesimpulanya anda memperolehi +ve cash flow sebanyak RM 3,196 (RM16,000-RM12,804).



No Responses to “Loan ASB – Untung ke Rugi?”